Thursday, July 30, 2009

Rahsia Solat Awal Waktu


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la.) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya. Semua yg terdapat di alam ini adalah untuk manfaat segala makhluk2 nya.
Wallahu a'lam.

15 TaNDa DiLAmUn CiNTa

15 petanda dilamun cinta
Oleh Noriah Idrisnori@nstp.com.my

CINTA tidak mengenal usia dan latar belakang. Ia boleh datang bila-bila masa saja. Jadi bagaimana mengenali bila dan bagaimana seseorang itu dihinggapi rasa cinta? Cuba semak 15 tanda jatuh cinta yang disenaraikan supaya dapat melengkapi diri sebelum menghadapi atau menangkisnya.

1. Sukar melelapkan mata
Sejak berkenalan, ingatan anda kepada si dia kian menebal hingga mengganggu tidur anda.

2. Sentiasa berdebar Perasaan anda sentiasa berdebar-debar jika bertembung, malah anda jadi menggelabah dihampiri si dia
3. Suka ambil tahu Anda semakin berminat mengambil tahu latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan bertanya daripada kawan-kawannya.
4. Resah gelisah Hati gelisah apabila si dia tidak kelihatan. Anda tercari-cari jika terlihat kelibat bayangnya.
5. Dihinggapi cemburu Anda cemburu apabila si dia melayan orang lain sekalipun kawan-kawan. Sikap itu amat ketara sehingga disedari kawan-kawan anda.
6. Hobi baru...termenung Anda suka termenung dan di mata anda terbayang wajah si dia dan anda bersama.
7. Dating Ada saja alasan untuk berjumpa atau secara terang menawarkan keluar bersama. Kadangkala anda buat janji temu di waktu malam sekalipun baru petang tadi berjumpa.
8. RinduSetiap saat anda mengingatinya dan apa yang dipandang akan mengingatkan anda kepada si dia.
9. Bergayut di telefon Anda sanggup menghabiskan masa berjam-jam bergayut di telefon berbual kosong kerana yang penting dapat dengar suaranya untuk melepaskan rindu.
10. Berubah cita rasa Kehadiran si dia berjaya mengubah cita rasa anda mengenai pelbagai perkara.
11. Memberi hadiah Anda memberi si dia hadiah padahal hari lahirnya masih jauh.
12. Awal ke tempat kerja Anda bersemangat datang ke pejabat awal dengan harapan dapat berbual atau bersarapan dengan si dia.
13. Lebih rajin Prestasi kerja anda semakin meningkat jika dibandingkan sebelum ini.
14. Menjaga penampilan Penampilan anda semakin anggun, malah wajah berhias dengan mekap hingga nampak mempesonakan.
15. Defensif Pantang orang lain salah cakap atau sekadar mengusik, anda akan mempertahankan si dia meskipun sampai anda marah dan timbul permusuhan.

Sunday, July 19, 2009

Hasil Karya Yang Tak Hensem....eheh..

Dah lama tak update blog ..so rasanye baik letak lukisan yang dah siap lukis ni buat semak2 kan blog ni ehehe. Maaf lah kalau lukisan ni tak berapa menepati piawaian. Al maklumlah pelukis tak profesional.. Tapi sebarang komen dan pendapat amatlah dialu-alukan :P

Sunday, June 14, 2009

Kejutkan tidur apabila....


Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:
Pertama: Seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba.
Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:
خرجت مع النبي صلى الله عليه وسلم لصلاة الصبح فكان لا يمر برجل إلا ناداه بالصلاة أو حركه برجله “ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.” (Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)

Kedua: Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang solat.
Ketiga: Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.
Rasulullah saw bersabda: من بات على ظهر بيت ليس له حجار فقد برئت منه الذمة “Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh). (Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)

Keempat: Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena.
Nabi saw bersabda: إذا كان أحدكم في الشمس فلقص عنه الظل وصار بعضه في الشمس وبعضه في الظل فليقم “Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.” (Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)

Kelima: Tidur waktu subuh.
Nabi saw bersabda: الصبحة تمنع الرزق “Tidur subuh menegah rezki.” (Hr Ahmad – sanad lemah) Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata: الأرزاق تقسم وأنت نائم “Rezeki dibahagi-bahagikan sedangkan engkau tidur.”

Keenam: Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu.
Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata: كان يكره النوم قبلها والحديث بعدها “Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang selepasnya.” (Hr Bukhari - sahih)

Ketujuh: Tidur lepas solat asar.
Nabi saw bersabda: من نام بعد العصر فاختلس عقله فلا يلومن إلا نفسه " Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.” (Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)

Kelapan: Tidur berseorangan di rumah.
Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.
Kesembilan: Perempuan yang tidur menelentang.
Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama. Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.
Kesepuluh: Seseorang yang tidur meniarap.
Baginda melihat seorang lelaki meniarap.
Lalu baginda bersabda: إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi) Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata: قم واقعد فإنها نومة جهنمية Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)

Kesebelas: Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail..
Nabi saw bersabda: رحم الله رجلا قام من الليل فصلى وأيقظ امرأته فإن أبت نضح في وجهها الماء رحم الله امرأة قامت من الليل فصلت وأيقظت زوجها فإن أبى نضحت في وجهه الماء “Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya. (Hr Abu Daud 1308 – perawi-perawinya thiqah)

Kedua belas: Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur.
Nabi saw bersabda: إن بلالا ينادي بليل فكلوا واشربواحتى ينادي ابن مكتوم “Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga IbnuMaktum mengumandangkan azan subuh.” (Hr Muslim) Rujukan: Tashilul Maqasid li Zuwwarul Masjid oleh Ibnul Ammad, Aunul Ma’bud oleh al-Abadi dan an-Nihayah oleh Ibnul athir.
Selamat Beramal....

MENCARI POSITIF BAGI SESUATU YANG NEGATIF


Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

1. untuk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam , kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.
2. untuk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.
3. untuk cukai pendapatan yg kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.
4. untuk pakaian kita yang dah tak muat kerana itu bermakna kita cukup makan .
5. untuk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas , kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.
6. untuk bunyi bising jiran jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar .
7. untuk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.
8. untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja , kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.
9. untuk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.
10. untuk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut... "
Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kitadapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada"

Saturday, June 13, 2009

Petua Mencuci Hati

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku bersih."
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku sebenarnya......(perkara yang elok2 belaka).
7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif." Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).
8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut... dsb). Jangan dengar orang mengumpat.

Friday, May 22, 2009

9 Sebab Hati Tidak Bahagia


1- Pemarah - Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

2- Pendendam - Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3- Hasad dengki - Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4- Bakhil - Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5- Tamak - Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6- Tidak Sabar - Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7- Ego - Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

8- Riak - Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.

9- Cinta Dunia - Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

KesimpulanJadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara totalnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dan lain lainnya, tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak bahagia.

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain, andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

TUTUP tp X TUTUP

TUTUP tp X TUTUP. (Peringatan pada kaum muslimin)

- kain @ seluar terlalu ketat- tudung x menutup dada.
- Lengan baju pendek- Tidak gune sarung kaki (stoking)
- Pakaian menampakkan susuk badan.
- Pemakaian tudung yg menampak kan rambut (Dengan sengaja)


Mengikut kata Al- Quran dan Hadith.

- “Hendaklah mereka tutupkan tudung mereka ke leher dan dada mereka” (an-Nur : 31)
- “Hendaklah mereka menghulurkan tudung ke seluruh tubuh mereka supaya mereka lebih mudah di kenal orang, kerana itu, mereka tidak di ganggu” (al-Ahzab : 59)
- “Hai anak kerurunan Adam, sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itu adalah yang paling baik.” (al-Ahzab : 26)

- “Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan dua tapak
tangannya hingga pergelangannya.” (Hadith Riwayat Abu Daud)




Monday, May 11, 2009

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan orang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah :

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw
- Aku melihat cahaya dari lidahnya..
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah
- Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu


Untuk Bonda….

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku...mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut...mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak

Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah..mak

Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon.....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....
mak

Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... mmaaakkkk!
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak

Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku....mak

I LOVE YOU.... Dari Nur..

Thursday, April 2, 2009

APRIL FOOL, BUAT RENUNGAN & PEDOMAN KITA SEMUA !!!

Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'.

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada , Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam di Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

Petikan drpd Risalah Fikrah
Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu.....rawahuttirmizi Illal Liqaq

Friday, March 27, 2009

63 PETUA BAHAGIA DATO' DR HJ. FADZILAH KAMSAH


Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.
Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.
Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.
Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6.. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/ berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
(a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan.Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.

Sunday, March 15, 2009

Lukisan Pemandangan Senja

Lukisan siapa ntah ni...
Tak lawa tul eheh :)
Dilukis pada 15 Mac 2009.
Kalau tak silap
dah lebih dari bebelas tahun tak melukis...
Tak heran lah
kalau banyak kekurangan :)

Friday, March 13, 2009

Ceramah Dato' Dr. Hj. Fadzilah Kamsah

Pada 5 Mac yang lalu UTM ada menjemput Dato’ Dr. Hj. Fadzilah Kamsah memberi ceramah motivasi kepada staf UTM bertajuk “Kerja Itu Menyeronokan”. Ceramah beliau memang best sesangat sebab banyak ilmu dan tips-tips yang diberi. Berikut saya attach kan sebahagian dari ceramah beliau. Nak letak semua memang tak muat sebab ceramahnya lebih kurang 2 jam. Sesiapa yang mungkin teringin nak dengar ceramah penuh beliau boleh lah inform mungkin boleh discuss untuk bagi rakaman penuh. Selamat mendengar! :)

Monday, March 9, 2009

Selamat Menyambut Maulidur Rasul ...


Maksud Firman Allah S.W.T "Katakanlah (wahai Muhammad) sekiranya kamu (wahai sekalian orang beriman) kasih kepada Allah, maka hendaklah kamu mengikuti daku (melaksanakan sunnahku), pasti dengan itu kamu akan dikasihi Allah dan diampuni segala dosa dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani" (Surah Ali Imran: Ayat 31)

Sunday, February 8, 2009

Antara Kata-Kata Hikmah Luqman Al-Hakim


"Sesungguhnya orang mukmin apabila dia dapat melihat dengan jelas sesuatu akibat, dia terselamat dari penyesalan"
"Sesungguhnya lama sendirian itu, aku dapat memahami untuk berfikir dan lama berfikir itu merupakan petunjuk jalan ke syurga"
"Kata-kata nasihat amat menyukarkan bagi orang yang bodoh, sebagaimana sukarnya berjalan di atas jalan yang tidak rata bagi seorang tua"
"Berdiam diri itu adalah hikmah sedangkan amat sedikit orang yang melakukannya"
"Janganlah engkau melewat-lewatkan taubat kerana sesungguhnya kematian itu datang dengan sekelip mata"
  • "Barangsiapa yang bercerita kepada orang yang tidak mendengar akan percakapannya, ia adalah seumpama orang yang membawa harta bendanya kepada ahli kubur"
  • "Hai anakku! Jadilah engkau hamba kepada orang yang baik dan janganlah engkau jadi sahabat kepada orang-orang yang jahat"
  • "Hai anakku! Janganlah engkau bergaul dengan orang yang bodoh. Walaupun dia memiliki rupa yang indah namun dia adalah seperti pedang, baik pemandangannya tetapi amat buruk kesannya"
  • "Hai anakku! Merendah dirilah engkau dengan kebenaran, nescaya engkau menjadi manusia yang paling berakal"
  • "Hai anakku! Sesungguhnya dunia ini sedikit sahaja sedangkan umurmu di atasnya lebih sedikit dari yang sedikit dan yang tinggal hanyalah yang sedikit dari yang paling sedikit"
  • "Hai anakku! Janganlah sekali-kali engkau memberi peluang kepada orang yang telah membohongi dirimu untuk dia berbohong kepadamu lagi"
  • Hai anakku! Sesungguhnya orang yang keji lagi kotor dan celaka ialah sekiranya dia berbicara, maka bicara itu membongkarkan kebodohannya. Sekiranya dia beramal, dia melakukan yang buruk. Sekiranya dia duduk, dia membuang masa. Sekiranya dia dikayakan, dia tidak berpuas hati. Sekiranya dia dalam keadaan faqir, dia berputus asa. Sekiranya dia gembira, dia melakukan kejahatan. Sekiranya dia bersedih, dia berputus asa"
  • "Hai anakku! Taatlah kepada Allah kerana sesungguhnya barangsiapa yang mentaati Allah, cukuplah Dia sebagai penghibur apa yang merisaukan dan menyucikan dari akhlak-akhlaknya (yang buruk)"
  • "Hai anakku! Tewaskanlah kemarahanmu dengan sifat sopan-santunmu, keterburuan dirimu dengan sifat tenangmu, hawa nafsumu dengan ketaqwaanmu, keraguanmu dengan keyakinanmu, kebatilanmu dengan kebenaranmu dan kebakhilanmu dengan kebaikanmu(pemurah). Jadilah engaku orang yang tenang sabar di dalam kesempitan, yang gembira di dalam kebencian, yang bersyukur di dalam kemewahan, yang khusyuk di dalam solat dan yang bersegera bersedekah"
  • "Barangsiapa yang mempunyai penasihat dari dirinya, maka Allah azza wajalla menjadi penjaga bagi dirinya dan barangsiapa yang mengadili manusia lebih dari dirinya, Allah Ta'ala akan menambahkan baginya kemuliaan dengan sebab itu. Kehinaan dalam melakukan ketaatan kepada Allah Ta'ala lebih mendekatkan diri daripada mulia dengan maksiat"

Syukur....

Al-Allamah Al-Alusi pernah berkata: "Bersyukur adalah perkataan yang terhimpun di dalamnya kebahagiaan dunia dan akhirat, kerana seorang hamba telah menukarkan kesemua nikmat yang telah diberikan Allah kepadanya dengan apa yang diciptakan kerananya"

Bersyukur terdiri daripada lima asas utama:

1. Penyerahan diri serendah-rendahnya oleh yang bersyukur (hamba) kepada yang disyukuri (Allah S.W.T)
2. Cinta kasih kepada - Nya
3. Pengakuan seorang hamba dengan nikmat-nikmat yang diberikan oleh - Nya
4. Sentiasa memuji-muji kepada - Nya dengan nikmat yang diperolehinya itu
5. Hamba tidak menggunakan setiap nikmat yang diberikan untuk mengerjakan sesuatu yang dibenci - Nya

Thursday, February 5, 2009

CiNtA SeJaTI JaDi 'CIntA SeHarI'


"KECEWA dan terus kecewa dalam percintaan dijalin. Kadang-kadang hati sudah bosan memikirkan soal perasaan sedang diri terus dimamah usia."

Bosan sebenarnya apabila berakhir pada cinta yang salah. Alih-alih mengharap cinta sejati tetapi ia hanya kekal dan menjadi ‘cinta sehari’. Ada waktu anda menyalahkan takdir yang menyebabkan sering kecundang lewat percintaan. Pernahkah mengkaji diri apa yang menjadi penyebabnya? Kalau difikirkan kecantikan diri, rasanya tidak kalah dengan teman lain yang sudah punya kehidupan membahagiakan bersama pasangan masing-masing.

Namun anda masih sendiri dan bagaikan orang berputus asa, anda sudah menanam cita-cita untuk tidak mahu mengharapkan sesiapa lagi.

Jangan cepat dilanda rasa kecewa. Ada pengkaji dalam soal cinta menyarankan supaya jangan menoleh ke masa lalu yang penuh kekecewaan sebaliknya sentiasa melengkapkan diri untuk menerima cinta baru.Namun, sebelum memutuskan menerima cinta seseorang, perhatikan tandanya, apakah dia memang jodoh anda?

Dia sahabat terbaik anda
Saat mengalami kesulitan, perkara pertama terlintas di kepala anda adalah dirinya. Dia pandai menenangkan hati.Dia selalu hadir untuk anda dalam situasi apa sekalipun. Tiada orang yang lebih baik mengisi peranan ini daripada pasangan anda atau sahabat istimewa yang menjadi tempat susah senang anda. Percayalah, pasangan yang dirasakan jodoh anda, pasti tidak takut mengalami pasang surut dalam hidup ini.

Punya banyak persamaan
Hasil penelitian menyatakan, perkahwinan yang paling stabil adalah pernikahan yang membabitkan dua orang dengan banyak persamaan. Jenis persamaan itu tidak terlalu penting tetapi semua itu adalah modal untuk menjadikan hubungan semakin mantap. Menikmati semua aspek kehidupan bersama adalah antara rahsia pasangan sejati. Tidak perlu orang lain untuk membuat anda berdua bahagia. Apakah anda sudah merasakannya? Jika ya, jangan lepaskan dia.

Kepentingan anda adalah segalanya
“Cinta dimulai ketika seseorang menemukan bahawa keinginan orang lain sama pentingnya dengan hasrat hatinya sendiri.” (Harry Stack Sullivan). Daripada bahasa tubuh dan sikapnya selama ini, terlihat jelas dia memperlakukan anda sebagai orang terpenting dalam hidupnya.Bahkan, dia sering mementingkan sesuatu untuk keperluan diri dan sekali gus dia memikirkan diri anda. Jika ini yang ada pada peribadinya, mungkin dia yang anda cari. Justeru, cinta abadi membabitkan komitmen rela berkorban untuk kebahagiaan pasangan lalu jangan memikirkan orang lain di fikiran. Percayalah bahawa dialah milik cinta sejati anda.

Cinta tanpa syarat
Cuba ingat, pernahkah dia menarik muka masam saat melihat anda memakai baju yang tidak menepati seleranya? Dia barangkali pernah menegur gaya pakaian anda yang agak menjolok mata atau sebenarnya gaya pakaian anda membuatkan dia tidak senang kerana takut ada lelaki lain akan memberi perhatian lebih kepada anda. Atau anda pernah ditegurnya tanpa disedari gara-gara memotong rambut tanpa pengetahuannya? Namun, dia sentiasa pandai mengambil hati dan tegurannya jarang menyakitkan. Sebaiknya, fikirlah jika anda berkira-kira untuk memilih dia menjadi kekasih sejati. Cinta sejati adalah cinta tanpa syarat yang mampu menerima pasangan seadanya.

Sentiasa bersedia jadi pendengar setia
Setiap kali anda berbicara padanya, tidak sedetik pun perhatiannya beralih. Dia pendengar yang baik, mampu mendengar anda berbicara berjam-jam lamanya tanpa rasa bosan, penuh perhatian dan mengerti apa yang anda diinginkan.
Sering menepati masaUntuk urusan apa sekalipun, dia selalu berusaha untuk menepati waktunya. Janji bertemu jam tujuh malam, dia sudah tiba di tempat setengah jam lebih awal. Baginya, lebih baik dia yang sampai dulu atau menjadi penunggu setia daripada membiarkan anda menunggu. Apalagi jika tempat pertemuan agak janggal untuk dirinya tetapi dia sentiasa mahu anda didahulukan.

Gerak batin atau naluri
Tanpa sebarang ucapan, anda mampu mengetahui apa yang tersirat di hati masing-masing. Anda berdua bagaikan dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaan pasangan pada situasi apa sekalipun. Bila anda sudah merasakan hal sedemikian, selamat! Mungkin dialah belahan jiwa anda.

Wednesday, February 4, 2009


Pertama telah kupandang makhluk yang banyak ini. Maka aku saksikanlah bahawa, tiap-tiap mereka mempunyai kekasih dan kecintaan tempat hatinya tertambat. Sebahagian daripada kekasih itu hanya mendampingi sampai ke sakit yang membawa maut dan sebahagian lagi hanya sampai ke tepi liang kubur. Setelah itu kesemuanya pulang dan meninggalkan ia terbaring seorang diri. Tak seorang jua pun yang turut masuk ke kubur dan menghiburkannya di dalamnya. Yang demikian tak kudapati selain amal yang soleh. Sebab itu maka kuambil menjadi kekasihku, supaya kelak ia menjadi pelita di dalam kuburku, menghiburkan dan tidak meninggalkan aku seorang diri - Imam Ghazali

Sunday, February 1, 2009

Hendaklah Cinta Kita Didasarkan Kepada Cinta Allah


Cinta yang lazimnya ditujukan kepada pemuasan hawa nafsu semata, sebenarnya ialah cinta yang diilhamkan Tuhan untuk haiwan- Al-Farabi

Maksiat Halang Beribadat

Oleh Hashim bin Ahmad rencana@hmetro.com.my

APAKAH kita pernah mengalami perasaan malas beribadah? Terasa berat untuk tilawah atau ada kenikmatan ketika membaca al-Quran atau solat?

Atau mungkin berasa susah bangun malam untuk qiyamulail, padahal jam dikunci untuk mengejutkan kita atau telefon bimbit sudah dipasang tetapi ketika berdering, tetap terlelap dalam tidur.

Apa yang kedengaran hanya seperti dalam mimpi dan akhirnya jam dan telefon bimbit mati sendiri atau bangun dengan setengah sedar. Selepas itu, tarik selimut dan tidur lagi. Padahal, biasanya dengan mudah boleh bangun.

Jadi, apa yang sudah terjadi dengan diri kita? Atau mungkin kita pernah merasakan mulut ini terasa berat ketika melantunkan ayat-ayat al-Quran atau mengucapkan salam kepada saudara kita. Atau mungkin kita secara sengaja melambatkan waktu menunaikan solat?Terkadang hati rasa meluat dengan rakan di pejabat kerana hal yang kecil atau prasangka buruk.

Terkadang kita melalui hari yang kita isytiharkan hari malang atau tidak ada ‘mood’. Makin malang, kita dengan sengaja melanggar perintah Allah.

Jika hal itu terjadi pada kita, segeralah muhasabah diri. Ada apa dengan diri kita? Keadaan seperti ini jangan dibiarkan begitu saja. Lama-kelamaan ia akan terbiasa.

Seperti halnya penyakit, jika ada gejala, segera berjumpa doktor dan makan ubat agar cepat sembuh.Begitu pula dengan ruhiyah kita. Kalau sudah ada gejala penurunan anjakan ruhiyah, segeralah kita muhasabah diri.

Bagaimana hubungan kita dengan Allah dan apa yang sudah kita lakukan? Jangan-jangan kita banyak mengerjakan maksiat hingga menghalang amalan kita. Mungkin kita tidak boleh menjaga daripada melakukan perkara yang makhruh, bahkan diharamkan Allah sehingga menghalangi organ tubuh kita untuk beribadah kepada-Nya. Misalnya, kita menggunakan mata untuk menonton drama atau filem yang melalaikan meskipun cuma satu atau dua jam. Mungkin mata kita tidak dijaga daripada melihat perkara yang tidak berguna, bahkan mengandungi maksiat.

Akhirnya Allah pun tidak menjaga mata kita untuk beribadah pada-Nya. Lalu, mata kita malas untuk bangunkan kita solat malam. Mata kita rasa berat untuk beribadah, rasa berat untuk membaca buku tazkirah hati, rasa berat untuk melihat e-mel yang memberi nasihat. Selain mata, telinga juga perlu kita jaga.

Boleh jadi kita susah bangun malam untuk bertaqarub kepada Allah S.W.T kerana kita tidak menjaga telinga kita. Telinga kita gunakan untuk mendengar gosip atau muzik melalaikan, bahkan terkadang boleh terngiang-ngiang dalam memori kita kerana seharian yang didengari adalah muzik.

Akhirnya, pada waktu malam, telinga kita tidak mampu mendengar deringan jam loceng bahkan suara azan. Telinga kita rasa berat untuk mendengar tazkirah dan telinga kita bosan mendengar nasihat.Selain itu, mulut penting untuk dijaga kerana ia banyak menjerumuskan manusia terutama wanita ke neraka.

Mulut boleh menjadi sarana ghibah, fitnah dan caci maki.Mulut tidak dapat kita kawal. Macam air saja mengata perilaku kawan-kawan. Kita tidak kenal pun dengan si polan, tapi mulut kita seronok mengata mereka. Mulut kita juga berat nak berzikir. Kenapa ini terjadi?Begitu juga hati. Ini adalah bahagian terpenting yang perlu dijaga.

Hati ibarat pemimpin manakala organ tubuh yang lain adalah komando. Hati boleh sakit, buta bahkan mati jika semakin banyak berbuat maksiat.Hati ibarat cermin. Semakin banyak membuat maksiat, maka semakin banyak noda titik hitam di cermin itu.

Atau mungkin tidak ada lagi titik hitam tapi sudah jelaga hitam yang susah dibersihkan.Begitu pula dengan diri kita, semakin banyak kita berbuat maksiat dan tidak bertaubat, kita semakin terbiasa dengan kemaksiatan itu. Salah satu yang menyebabkan kematian hati adalah banyak bercanda atau bergurau senda.

Kita boleh bergurau senda untuk menceriakan suasana atau menciptakan suasana ukhwah.Tapi hendaklah memperhatikan adabnya. Perhatikan dengan siapa juga dan tidak berlebihan, apalagi adanya lelaki dan perempuan dalam satu majlis.

Tengoklah diri kita. Muhasabahlah diri kita. Jika selama ini kita belum menjaga mata, mulut, telinga, hati dan organ tubuh kita yang lain daripada kemaksiatan, segeralah kita bertaubat dan istighfar diri.

Tidak ada kata terlambat untuk kebaikan. Seharusnya kita sayang jika tidak boleh tadarus al-Quran meskipun hanya terlepas satu hari.Kita berasa sayang jika tidak ada nikmat beribadah. Jika masih berasa sayang, jagalah diri kita dan Allah akan menjaga kita agar sentiasa dekat dengan-Nya.

Saturday, January 31, 2009

Dusta Dalam Bercinta

Barang siapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pendusta. Barang siapa mengaku CINTA SYURGA tetapi TIDAK BERAMAL dengan ketaatan , maka dia pendusta. Barang siapa mengaku CINTAKAN NABI MUHAMMAD S.A.W. tetapi tidak cinta kepada ULAMA dan FAKIR MISKIN, maka dia adalah pendusta. Barang siapa mengaku TAKUTKAN NERAKA tetapi TIDAK MENINGGALKAN MAKSIAT, maka dia adalah pendusta. Barang siapa yang mengaku CINTA ALLAH tetapi KELUH KESAH dengan ujian-NYA, maka dia adalah pendusta - Imam Ghazali rhm

Allah Berbicara...

erm...besar betul kesannya kalau buat maksiat ni. Tak kira lah sama ada maksiat terhadap manusia atau terhadap Tuhan. Sebab tu bila kita tersentak dengan sebarang ujian kesusahan, kita harus ingat yang itu sebenarnya teguran dari Allah. Tanda Tuhan sedang berbicara dengan hamba-hambaNya...Semoga kita tak tergolong kategori yang dibiarkan Allah terus-terusan lalai....

CINTA HAKIKI


Andai tiada cinta insani untukmu, cukuplah cinta Allah buatmu, kerana akan datang nanti padamu cinta insan yang mencintai Allah, seperti mana cintamu kepada Allah