Friday, March 27, 2009

63 PETUA BAHAGIA DATO' DR HJ. FADZILAH KAMSAH


Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.
Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.
Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.
Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6.. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/ berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
(a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan.Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.

Sunday, March 15, 2009

Lukisan Pemandangan Senja

Lukisan siapa ntah ni...
Tak lawa tul eheh :)
Dilukis pada 15 Mac 2009.
Kalau tak silap
dah lebih dari bebelas tahun tak melukis...
Tak heran lah
kalau banyak kekurangan :)

Friday, March 13, 2009

Ceramah Dato' Dr. Hj. Fadzilah Kamsah

Pada 5 Mac yang lalu UTM ada menjemput Dato’ Dr. Hj. Fadzilah Kamsah memberi ceramah motivasi kepada staf UTM bertajuk “Kerja Itu Menyeronokan”. Ceramah beliau memang best sesangat sebab banyak ilmu dan tips-tips yang diberi. Berikut saya attach kan sebahagian dari ceramah beliau. Nak letak semua memang tak muat sebab ceramahnya lebih kurang 2 jam. Sesiapa yang mungkin teringin nak dengar ceramah penuh beliau boleh lah inform mungkin boleh discuss untuk bagi rakaman penuh. Selamat mendengar! :)

Monday, March 9, 2009

Selamat Menyambut Maulidur Rasul ...


Maksud Firman Allah S.W.T "Katakanlah (wahai Muhammad) sekiranya kamu (wahai sekalian orang beriman) kasih kepada Allah, maka hendaklah kamu mengikuti daku (melaksanakan sunnahku), pasti dengan itu kamu akan dikasihi Allah dan diampuni segala dosa dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani" (Surah Ali Imran: Ayat 31)

Sunday, February 8, 2009

Antara Kata-Kata Hikmah Luqman Al-Hakim


"Sesungguhnya orang mukmin apabila dia dapat melihat dengan jelas sesuatu akibat, dia terselamat dari penyesalan"
"Sesungguhnya lama sendirian itu, aku dapat memahami untuk berfikir dan lama berfikir itu merupakan petunjuk jalan ke syurga"
"Kata-kata nasihat amat menyukarkan bagi orang yang bodoh, sebagaimana sukarnya berjalan di atas jalan yang tidak rata bagi seorang tua"
"Berdiam diri itu adalah hikmah sedangkan amat sedikit orang yang melakukannya"
"Janganlah engkau melewat-lewatkan taubat kerana sesungguhnya kematian itu datang dengan sekelip mata"
  • "Barangsiapa yang bercerita kepada orang yang tidak mendengar akan percakapannya, ia adalah seumpama orang yang membawa harta bendanya kepada ahli kubur"
  • "Hai anakku! Jadilah engkau hamba kepada orang yang baik dan janganlah engkau jadi sahabat kepada orang-orang yang jahat"
  • "Hai anakku! Janganlah engkau bergaul dengan orang yang bodoh. Walaupun dia memiliki rupa yang indah namun dia adalah seperti pedang, baik pemandangannya tetapi amat buruk kesannya"
  • "Hai anakku! Merendah dirilah engkau dengan kebenaran, nescaya engkau menjadi manusia yang paling berakal"
  • "Hai anakku! Sesungguhnya dunia ini sedikit sahaja sedangkan umurmu di atasnya lebih sedikit dari yang sedikit dan yang tinggal hanyalah yang sedikit dari yang paling sedikit"
  • "Hai anakku! Janganlah sekali-kali engkau memberi peluang kepada orang yang telah membohongi dirimu untuk dia berbohong kepadamu lagi"
  • Hai anakku! Sesungguhnya orang yang keji lagi kotor dan celaka ialah sekiranya dia berbicara, maka bicara itu membongkarkan kebodohannya. Sekiranya dia beramal, dia melakukan yang buruk. Sekiranya dia duduk, dia membuang masa. Sekiranya dia dikayakan, dia tidak berpuas hati. Sekiranya dia dalam keadaan faqir, dia berputus asa. Sekiranya dia gembira, dia melakukan kejahatan. Sekiranya dia bersedih, dia berputus asa"
  • "Hai anakku! Taatlah kepada Allah kerana sesungguhnya barangsiapa yang mentaati Allah, cukuplah Dia sebagai penghibur apa yang merisaukan dan menyucikan dari akhlak-akhlaknya (yang buruk)"
  • "Hai anakku! Tewaskanlah kemarahanmu dengan sifat sopan-santunmu, keterburuan dirimu dengan sifat tenangmu, hawa nafsumu dengan ketaqwaanmu, keraguanmu dengan keyakinanmu, kebatilanmu dengan kebenaranmu dan kebakhilanmu dengan kebaikanmu(pemurah). Jadilah engaku orang yang tenang sabar di dalam kesempitan, yang gembira di dalam kebencian, yang bersyukur di dalam kemewahan, yang khusyuk di dalam solat dan yang bersegera bersedekah"
  • "Barangsiapa yang mempunyai penasihat dari dirinya, maka Allah azza wajalla menjadi penjaga bagi dirinya dan barangsiapa yang mengadili manusia lebih dari dirinya, Allah Ta'ala akan menambahkan baginya kemuliaan dengan sebab itu. Kehinaan dalam melakukan ketaatan kepada Allah Ta'ala lebih mendekatkan diri daripada mulia dengan maksiat"

Syukur....

Al-Allamah Al-Alusi pernah berkata: "Bersyukur adalah perkataan yang terhimpun di dalamnya kebahagiaan dunia dan akhirat, kerana seorang hamba telah menukarkan kesemua nikmat yang telah diberikan Allah kepadanya dengan apa yang diciptakan kerananya"

Bersyukur terdiri daripada lima asas utama:

1. Penyerahan diri serendah-rendahnya oleh yang bersyukur (hamba) kepada yang disyukuri (Allah S.W.T)
2. Cinta kasih kepada - Nya
3. Pengakuan seorang hamba dengan nikmat-nikmat yang diberikan oleh - Nya
4. Sentiasa memuji-muji kepada - Nya dengan nikmat yang diperolehinya itu
5. Hamba tidak menggunakan setiap nikmat yang diberikan untuk mengerjakan sesuatu yang dibenci - Nya

Thursday, February 5, 2009

CiNtA SeJaTI JaDi 'CIntA SeHarI'


"KECEWA dan terus kecewa dalam percintaan dijalin. Kadang-kadang hati sudah bosan memikirkan soal perasaan sedang diri terus dimamah usia."

Bosan sebenarnya apabila berakhir pada cinta yang salah. Alih-alih mengharap cinta sejati tetapi ia hanya kekal dan menjadi ‘cinta sehari’. Ada waktu anda menyalahkan takdir yang menyebabkan sering kecundang lewat percintaan. Pernahkah mengkaji diri apa yang menjadi penyebabnya? Kalau difikirkan kecantikan diri, rasanya tidak kalah dengan teman lain yang sudah punya kehidupan membahagiakan bersama pasangan masing-masing.

Namun anda masih sendiri dan bagaikan orang berputus asa, anda sudah menanam cita-cita untuk tidak mahu mengharapkan sesiapa lagi.

Jangan cepat dilanda rasa kecewa. Ada pengkaji dalam soal cinta menyarankan supaya jangan menoleh ke masa lalu yang penuh kekecewaan sebaliknya sentiasa melengkapkan diri untuk menerima cinta baru.Namun, sebelum memutuskan menerima cinta seseorang, perhatikan tandanya, apakah dia memang jodoh anda?

Dia sahabat terbaik anda
Saat mengalami kesulitan, perkara pertama terlintas di kepala anda adalah dirinya. Dia pandai menenangkan hati.Dia selalu hadir untuk anda dalam situasi apa sekalipun. Tiada orang yang lebih baik mengisi peranan ini daripada pasangan anda atau sahabat istimewa yang menjadi tempat susah senang anda. Percayalah, pasangan yang dirasakan jodoh anda, pasti tidak takut mengalami pasang surut dalam hidup ini.

Punya banyak persamaan
Hasil penelitian menyatakan, perkahwinan yang paling stabil adalah pernikahan yang membabitkan dua orang dengan banyak persamaan. Jenis persamaan itu tidak terlalu penting tetapi semua itu adalah modal untuk menjadikan hubungan semakin mantap. Menikmati semua aspek kehidupan bersama adalah antara rahsia pasangan sejati. Tidak perlu orang lain untuk membuat anda berdua bahagia. Apakah anda sudah merasakannya? Jika ya, jangan lepaskan dia.

Kepentingan anda adalah segalanya
“Cinta dimulai ketika seseorang menemukan bahawa keinginan orang lain sama pentingnya dengan hasrat hatinya sendiri.” (Harry Stack Sullivan). Daripada bahasa tubuh dan sikapnya selama ini, terlihat jelas dia memperlakukan anda sebagai orang terpenting dalam hidupnya.Bahkan, dia sering mementingkan sesuatu untuk keperluan diri dan sekali gus dia memikirkan diri anda. Jika ini yang ada pada peribadinya, mungkin dia yang anda cari. Justeru, cinta abadi membabitkan komitmen rela berkorban untuk kebahagiaan pasangan lalu jangan memikirkan orang lain di fikiran. Percayalah bahawa dialah milik cinta sejati anda.

Cinta tanpa syarat
Cuba ingat, pernahkah dia menarik muka masam saat melihat anda memakai baju yang tidak menepati seleranya? Dia barangkali pernah menegur gaya pakaian anda yang agak menjolok mata atau sebenarnya gaya pakaian anda membuatkan dia tidak senang kerana takut ada lelaki lain akan memberi perhatian lebih kepada anda. Atau anda pernah ditegurnya tanpa disedari gara-gara memotong rambut tanpa pengetahuannya? Namun, dia sentiasa pandai mengambil hati dan tegurannya jarang menyakitkan. Sebaiknya, fikirlah jika anda berkira-kira untuk memilih dia menjadi kekasih sejati. Cinta sejati adalah cinta tanpa syarat yang mampu menerima pasangan seadanya.

Sentiasa bersedia jadi pendengar setia
Setiap kali anda berbicara padanya, tidak sedetik pun perhatiannya beralih. Dia pendengar yang baik, mampu mendengar anda berbicara berjam-jam lamanya tanpa rasa bosan, penuh perhatian dan mengerti apa yang anda diinginkan.
Sering menepati masaUntuk urusan apa sekalipun, dia selalu berusaha untuk menepati waktunya. Janji bertemu jam tujuh malam, dia sudah tiba di tempat setengah jam lebih awal. Baginya, lebih baik dia yang sampai dulu atau menjadi penunggu setia daripada membiarkan anda menunggu. Apalagi jika tempat pertemuan agak janggal untuk dirinya tetapi dia sentiasa mahu anda didahulukan.

Gerak batin atau naluri
Tanpa sebarang ucapan, anda mampu mengetahui apa yang tersirat di hati masing-masing. Anda berdua bagaikan dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaan pasangan pada situasi apa sekalipun. Bila anda sudah merasakan hal sedemikian, selamat! Mungkin dialah belahan jiwa anda.